SALAM RAMDHAN ALMUBARAK
Selamat berpuasa kepada semua.
Tahun ni kali pertama aku berpuasa sbg seorang isteri. 1 Ramadahan jatuh pada 24 September 2006 iaitu ari ahad. So weekend tu turn kami balik kg. kt Pt. M****. Hubby nmpk tak sihat. Dia selsema. Sejak aku mula pregnant ni..nampaknya hubby asyik demam jer. Pembawakan budak kot.. hehe.
Sabtu tu pepgi hubby dah anto keta g servis, buat balancing & alingment..then dia trus balik rmh dia jap..sbb nak anto brg. Ptg tu aku call sbb dah pesan kat dia suh dtg kenduri rmh makcik lps asar. Tapi dia kata ..dia mcm tak larat nak drive balik. Nak bgn pn tak larat..apa lagi nak drive. So ayah bawak hubby g klinik.
Maghrib tu hubby smpi rmh. Lps solat isyak jer trus dia baring, tutup lampu.. tarik comforter. Hubby kata dia pning,sejuk... nak tdo,jgn kacau dia... :-).. aku beselah suka cuit sana sini..hehe. Tapi pelik gak..sbb dia tu bkn suka pakai selimut... ni siap berkerubung..guna comforter tu. K.. la aku pn tutup lampu n pintu... awal lagi, takan aku dah nak tdo lak kan...
Aku g bilik sbelah..borak dgn mak n adik aku...
Kul 10 mlm.. aku masuk bilik. Tgk hubby... pegang kepala dia.... ish panasnya. Ni betul2 demam dia ni.. Semua bdn dia panas smpi ke kaki.... aku tarik comforter tu... cuak gak.. sbb panas giler bdn dia. Pastu dia tersedar... minta buka kipas... aku bukak slow jer. Then jeram kepala dia dgn tuala basah. Aku lap bdn dia dgn tuala basah.... sbb nak kurangkan panas. Hubby pn mcm dah tak sedar sgt. Aku picit2 badan dia...
Sampai la kul 12...aku berjaga duk tukar tuala basah n lpa bdn dia. Kurang sikit dah panas bdn hubby. Then 12.30 dia dah siap2 pasang alarm dah utk mkn ubat. Dia bgn..tapi agaknya... mmg dia tak larat... dia dukduk jer mcm patung. Aku amikan ubat.. hulurkan air...
Alahai... cianya.. aku tak prnh lak tgk hubby aku demam smpi mcm tu skali. Pastu dia smbg tdo.. aku takleh tdo..sbb risaukan dia. Pagi tu bgn awal siap..nak bersiap utk mkn sahur...sbb esoknya dah 1 Ramadhan.
Hubby bagun sahur tu dah ok sikit la... boley dia bgn..boley gak lah dia mkn. Aku lps sahur + solat subuh terus pengsan.. tdo kpenatan sbb semalaman berjaga.
Pagi tu hubby mintak izin nak balik awal. Coz..sementara dia masih larat ni..dia nk balik.Esok dia tak cuti. Johor jer cuti. Sedih aku... Tapi kesian gak dia.. sbb dia tgh tak sihat tu...
Awal ramadhan..dapat juga aku bersahur dgn hubby, walaupn tak dapt nak berbuka bersama-sama.
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara
Tuesday, September 26, 2006
Friday, July 21, 2006
TIPS2 MENGANDUNG
Tanda-tanda pregnant
* Bukan si isteri sahaja yg akan mengidam macam-macam, bahkan si suami tu yang minta makanan ataupun teringin makan yang bukan-bukan.
* Bahkan, adakalanya si isteri tu maintain jer... si suaminya pulak... bukan main lagi dia, loya-loyalah... muntah-muntahlah...
* morning sickness, start pada minggu ke 7
* sakit perut rasa macam perut ni kembung, kalau baring mengiring pun akan rasa sakit.
* Period tak datang atau keluar sedikit jer darah
* Sakit belakang
* Constipation. This symptom is caused by hormone changes, and the growing uterus pressing against the bowel.
* Breast nipple kehitaman.
* Muntah2
Laman web
http://www.timang.org/
http://www.babycenter.com/
http://www.amazingpregnancy.com/
http://www.parentsplace.com/
http://www.americanbaby.com/
http://www.childbirth.org/
http://www.theverybestbaby.com/
http://www.pampers.com/
Anda Hamil?
Syukur Alhamdulillah, tentukan anda berjumpa doctor secepat munkin.
Mengapa? Anda perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak didalam rahim, bukan diluar rahim ( Ectopic! Bahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa saperti hamil anggor (Molar pregnancy - juga bahaya! )
Tiga bulan pertama sangat penting !
Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari nutfah ( air mani) kepada alaqah, seterusnya menjadi mugdah, akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ2 serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantong. Denyutan jantong dapat dikesan oleh ultrasound se awal 6 minggu kandongan.
Cegah keguguran !
Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan. Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam ) tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkait, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, Xray, ubat2 moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.
Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medical atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat dihospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarong kondom pada tiga bulan pertama kandongan. Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandongan.
Cegah Kecacatan bayi !
Makan ubat folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga akhir kandongan. Makanan yg ada folic acid ni: Nasi, roti, asparagus, orange juice, kekacang(soya bean, tempe), sayuran hijau dan lain2. Minum susu untuk pembentukan tulang baby dan makan buah2an banyak kerana bdn perlukan vitamin untuk menyerap zat2 makanan yg you makan tu.
Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. Jangan cuba gugurkan kandongan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat2 saperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doctor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat genetic counselling. Jauhkan hamil jika umor melebihi 45 tahun.
Berserah dan tawakkal kepada Allah swt. Doa setiap masa Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u doa. Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami. Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 Kul, dan ayat Qursi kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.
Petua orang tua2
1) Ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganayia atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandong isteri akan lahir cacat.
2) Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti.
3) Tak boleh duduk di akar kayu - dikhuatiri uri tertinggal
4) Bila nak mandi towel usah lilit di sekeliling leher - dikhuatiri tali pusat melilit leher bayi
5) Suami jangan berlaku kasar pada haiwan - mengenan kat bayi
6) Petua org cina minum air sarang burung, sehari sebotol kecil -> kulit dan mata cantik.
Nasihat lain
1) Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
2) Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya.
3) Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam, Yusof, Lukman dan sebagainya...semoga kita sesemua dapat bersalin dgn mudah.
4) Dengar lagu muzikal seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas lagu2 untuk org mengandung ni, mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh hubby bacakan sambil pegang perut wife. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.
5) Kafein buleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
6) Jangan simpan kucing sbb najis dia boleh menjejaskan bayi.
sumber : http://fauzynm.tripod.com/Nasihat/Nasihat97/nasihat97.html
I'M WAS EXPECTING
Emm.. mcm tak caya. Dah terlalu lewat. Beselah gatal tangan..... buat pregnancy test. Hehe...
My hubby really happy when i told him that i'm was expecting. This week nk g klinik untuk confirmkan. Honney cepatlah balik.....tak sabar ni...
Hmmm.. terjawab lah segalanya..bila dah 2 weeks aku alami sakit kepala, pening loya dan kerap muntah. Ingatkan simpton nak period, beselah mcm tu... tapi tak period gak. But everything..kuasa Allah..
Selagi takder confirmation dari Dr. selagi tu... semuanya blum pasti lagi..
Sunday, July 02, 2006
1st ANIVESARRY
Its already 1 months after we are married.
"awak ...awak tahu tak ari ni baper haribulan.."
"2hb..naper..."
"emm... arini dah genap sebulan kita kawin kn..."
"saya tahu....naper awak baru persaan ker?"
"mcmana... seronok tak kawin dgn saya..."
aku hanya tersenyum meleret dgn pertanyaan itu.
Tak perlu ku jawab soalan tu sayang. Yang pasti aku cukup bahagia. Aku takperlu apa lagi, saya hanya mahukan awak. Meskipun kita jauh terpisah.. tapi sya tahu.... saya sentiasa dihati awak. Cukup saya tahu..awak mmg syang kan saya. Takperlu awak luahkan.. saya benar mengerti.
Saya benar bahagia. Saya nak awk tahu... bkn harta kekayaan yang saya nak, bkn wang ringgit, bkn mobile besar dan juga bkn juga mahligai istana. Cuma kasih sayang, keikhlasan awak utk memikul tanggungjawab sbg suami dan ketua keluarga. Kerana saya berkahwin dgn awak bkn kerana kisah cinta kita... tapi kerana Allah. Solat isthikaharah... itulah jawapannya. Saya berserah segalanya pada Allah.
Saya cuba sebaik mungkin untuk menjadi isteri mithali utk awak. Kasih sayang saya hanya untuk awak.
